Oleh KAMARULZAIDI KAMIS
PASARAN saham tempatan mempamerkan prestasi yang menakjubkan sepanjang minggu lalu apabila penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) berjaya mencatat rekod tertinggi dalam sejarah selama empat hari berturut untuk melambung melepasi paras 1,500 mata.
Ramai peniaga dan pelabur tempatan khususnya pelabur runcit mengatakan bahawa aliran meningkat di pasaran saham ketika ini berkait rapat dengan pilihan raya umum yang bakal di adakan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa pertalian antara kenaikan pasaran saham dan pilihan raya adalah agak longgar.
Jika diteliti pergerakan pasaran saham negara ketika pilihan raya pada masa lalu, ternyata trend pasaran adalah lebih menjurus kepada kedudukan semasa dan jangkaan pertumbuhan ekonomi serta syarikat-syarikat di bursa saham.
Ketika pilihan raya 1982, fundamental ekonomi secara amnya lemah seperti yang digambarkan oleh kedudukan pasaran saham ketika itu.
Kebanyakan syarikat terutamanya dari sektor perladangan dan perlombongan mengalami pertumbuhan perolehan yang malap.
Menjelang pilihan raya 1982, pergerakan pasaran tempatan tertekan dan dipengaruhi oleh kelemahan pada pasaran serantau seperti Hong Kong dan Singapura.
Prospek global juga diselubungi oleh krisis petroleum, ketegangan geopolitik global berikutan perebutan kepulauan Falkland dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah.
IKKL pada penutup minggu ke-13 sebelum pilihan raya itu adalah di paras 365.13 mata berbanding 318.51 mata pada minggu pilihan raya. Pasaran terus terjejas selepas pilihan raya 1982.
Pada pilihan raya 1986, kedudukan ekonomi Malaysia bertambah kukuh setelah pulih dari pertumbuhan perlahan berikutan kemelesetan ekonomi dunia.
Malaysia baru menjadi tumpuan pelabur asing apabila kedudukan ringgit yang lemah ketika itu berjaya menarik kemasukan dana asing terutamanya dari Jepun dan Taiwan ke dalam sektor pilihan seperti perusahaan elektrik dan elektronik.
Aktiviti pengkorporatan agensi dan jabatan kerajaan giat berlangsung serta peningkatan bursa-bursa utama dunia yang lain juga turut menyumbang kenaikan pasaran tempatan.
IKKL meningkat dari 169.83 mata pada minggu ke-13 sebelum pilihan raya kepada 209.54 pada penutup minggu pilihan raya.
Walaubagaimanapun, pasaran tempatan susut sedikit sebanyak 2.7 peratus pada minggu terakhir sebelum pilihan raya, sebelum merekodkan peningkatan berterusan selepas pilihan raya.
Pada penutup minggu ke-13 atau tiga bulan selepas pilihan raya, IKKL telah mencatatkan peningkatan sejumlah 22.2 peratus.
Ketika pilihan raya 1990, keadaan pasaran agak bercampur-campur di sebalik pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan prestasi perolehan syarikat-syarikat tersenarai juga cemerlang.
Namun begitu, pasaran saham dipengaruhi masalah global seperti penaklukan Kuwait oleh Iraq yang membawa kepada tercetusnya Perang Teluk, di samping krisis politik di Soviet Union.
Senario
IKKL berada di paras 507.24 mata sebulan sebelum pilihan raya dan susut kepada 476.79 mata pada penutup minggu pilihan raya.
Pada pilihan raya 1995, senario ekonomi Malaysia tahun tersebut amat baik dengan pertumbuhan pada kadar 9.8 peratus.
Selain itu, tiada isu-isu domestik yang membimbangkan, lantas memastikan peratusan kemenangan lebih besar Barisan Nasional.
Aktiviti pembinaan projek-projek mega yang giat berlangsung dan kemasukan dana-dana asing dalam memastikan pasaran saham berada pada paras tertinggi.
Pasaran merekodkan peningkatan lebih 100 mata, dalam masa tiga bulan sebelum pilihan raya kembali lemah pada minggu terakhir pilihan raya.
Ketika pilihan raya 1999, Malaysia baru pulih dari Krisis Kewangan Asia 1997, dan kedudukan BN khususnya UMNO agak tertekan dengan isu perpecahan.
IKKL susut dari 764.79 mata tiga bulan sebelum pilihan raya kepada 745.91 pada penutup minggu pilihan raya.
Peningkatan IKKL selepas pilihan raya 1999 juga sememangnya turut dibantu oleh pemulihan ekonomi selepas kemelesetan pada 1998.
Namun begitu, pada pilihan raya 2004, IKKL berjaya melonjak melepasi paras 900 mata, tertinggi dalam tempoh empat tahun di catat pada minggu terakhir sebelum pilihan raya.
Walaupun ekonomi global terganggu seketika berikutan serangan wabak selesema burung, pelabur terus yakin dengan keupayaan kepimpinan Perdana Menteri baru, justeru merangsang keyakinan pelabur tempatan dan asing.
‘Fenomena tersebut menyaksikan peningkatan besar-besaran IK hampir 167 mata atau 22.6 peratus sejak 1 Oktober 2003 hingga penutup minggu .
Kesimpulannya, pilihan raya semata-mata tidak mampu menjanakan aliran meningkat di pasaran saham, namun ia perlu disokong oleh banyak faktor luaran dan dalaman lain.
Antaranya termasuk keadaan ekonomi semasa Malaysia; kedudukan ekonomi dunia; prestasi bursa-bursa utama dunia; faktor di luar kawalan lain seperti situasi geopolitik dunia dan sebagainya.
Dalam perspektif semasa, ekonomi Malaysia berkedudukan kukuh dengan jangkaan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus dan 6.0 peratus pada tahun ini dan tahun 2009.
Di samping itu, pelbagai aktiviti pembangunan telah dirancang menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan dan wilayah pembangunan ekonomi bakal menampan daripada menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global.
Pasaran tempatan agak istimewa kali ini kerana memiliki syarikat gergasi perladangan iaitu Sime Darby Bhd. dan IOI Corporation Bhd.
Peningkatan harga minyak sawit ekoran peningkatan permintaan sebagai bahan makanan dan komponen bahan bakar bio bagi menggantikan minyak mentah memberi manfaat kepada pasaran tempatan.
Selain itu, aktiviti transformasi syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) yang bermula pada tahun 2004 juga telah membuahkan hasil dengan kedudukan kukuh syarikat-syarikat tersebut dari segi kewangan dan strategi perniagaan pada ketika ini.
Oleh demikian, persepsi bahawa kenaikan pasaran saham semasa hanya disebabkan pilihan raya adalah kurang tepat kerana banyak elemen besar lain termasuk kekukuhan ekonomi dan syarikat tempatan yang menyokong peningkatan tersebut.

Sedutan dari Utusan Online 16/1/08