Thursday, February 26, 2009
How long should investors hold their stock investments?
here is some tips by the expertise just click here
Friday, February 6, 2009
Pastikan dahulu kesahihan status halal di kopitiam
KOPITIAM atau kedai kopi yang menyediakan roti bakar berserta nasi lemak dan kuih-muih semakin popular di kalangan sesetengah penduduk Islam negara ini. Perniagaan yang dipelopori oleh masyarakat Cina ini dikatakan wujud di Tanah Melayu sejak 1938 lagi. Sehingga kini pelbagai jenama kopitiam muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, berikutan permintaan menggalakkan.
Sebagai individu Muslim, persoalan yang perlu diteliti sebelum sesuatu makanan atau minuman dimasukkan ke mulut ialah adalah ia halal di sisi syariat?
Kelihatannya dewasa ini tidak ramai yang mengambil berat persoalan itu. Mungkin yang penting bagi mereka ialah apa yang dimakan menepati selera dan mengenyangkan perut.
Namun jika ditinjau kaitan makanan dengan syariat, isunya bukan sekadar makanan dan minuman yang menyelerakan tetapi ia boleh menjadi penyebab seseorang dihumban ke neraka. Rasullulah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram maka neraka adalah tempat yang layak baginya.
Lebih daripada itu umat Islam diseru agar sentiasa memelihara diri dan keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Sebagai mana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala);
Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Surah al-Tahrim ; ayat 6)
Tindakan sesetengah pengusaha kopitiam menggaji pekerja Islam di premis mereka, adalah suatu usaha yang patut dipuji tetapi ia belum menjamin aspek halal yang dituntut dalam Islam. Mereka seharusnya lebih prihatin dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan makanan halal lagi suci.
Bermula daripada kopi yang disajikan sehinggalah kepada aspek kebersihan pinggan mangkuk perlu selari dengan kehendak syariat. Begitu juga barangan seperti mee, daging salai, rempah-ratus dan lain-lain yang diimport daripada negara luar seperti Taiwan, Hong Kong dan China yang turut diragui sama ada halal ataupun tidak.
Lebih membimbangkan lagi apabila logo 'Halal' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tiruan digunakan dengan meluas semata-mata untuk melariskan barangan dan mengelabui mata pengguna Islam yang tidak prihatin.
Pengusaha kopitiam seharusnya mendapatkan pengiktirafan sijil halal daripada Jakim mahupun Majlis Agama Islam Negeri, sebagai usaha menarik lebih ramai pelanggan Islam ke premis mereka. Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan serius memandangkan di sesetengah kopitiam, 70 peratus pengunjung adalah penganut Islam.
Orang Islam pula perlu lebih sensitif terhadap isu halal kerana ia boleh memberi kesan kepada peribadi dan keimanan seseorang.
Kajian oleh majalah The Halal Journal berkaitan kesedaran masyarakat Islam terhadap produk halal di beberapa negara Eropah, Asia Barat dan Asia Tenggara yang berakhir pada 2007 menunjukkan, 94 hingga 98 peratus responden bersetuju untuk membeli hanya produk berasaskan daging yang halal.
Sementara itu, hanya 40 hingga 64 peratus responden bersetuju makanan yang telah siap diproses seperti roti dan lain-lain mestilah berstatus halal.
Statistik ini jelas menunjukkan, kesedaran umat Islam terhadap produk makanan halal yang telah diproses masih ditahap sederhana. Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab seperti Jakim dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia melipatgandakan lagi usaha mempromosi produk halal kepada seluruh masyarakat Islam agar kewajipan umat Islam mendapatkan makanan yang halal dapat dipenuhi.
Selain itu, ia juga berupaya membangkitkan sensitiviti umat Islam untuk lebih prihatin mencari yang halal sahaja.
Pihak berwajib juga diharap dapat memperbanyakkan lagi aktiviti penguatkuasaan ke atas logo halal agar pihak yang tidak bertanggungjawab dibawa ke pengadilan.
Kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan lumayan daripada trend lepak di kopitiam tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
Pensyarah Kanan
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru.

Subscribe to:
Posts (Atom)