The Election Commission (EC) has informed its officers to be prepared for a snap election, said chairman Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Stressing that he was not one to speculate, Abdul Rashid said the EC was prepared “for anything” and was capable of handling a snap election as it had all necessary infrastructure in place.
In an interview with mStar Online yesterday, he revealed that after the post-mortem of the 12th General Election, he had instructed all returning officers (RO) to be prepared for any eventuality.
Similarly, the 140,000 people involved in the general election have also been advised to not refuse when called upon again for duty in the event of a snap election.
“But I don’t want to speculate, and it is not for us to speculate, but we are prepared for anything. In the past two months of meeting with the ROs, I’ve already told them to be prepared as it may be called anytime,” he said.
Abdul Rashid was responding to talk on recent events that have led to speculations of Umno members defecting from the party en masse and even party hopping following Barisan Nasional's dismal showing in the elections.
Various parties have since come forward in favour of an anti-hopping law proposed by Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Mohd Zaid Ibrahim in March.
In the same light, tension has been fuelled in Barisan following the shocking announcement of Tun Dr Mahathir Mohamad’s resignation from Umno on Monday.
Political observer Dr Chandra Muzaffar said the possibility of a snap election in the near future could not be dismissed.
“However, I do not consider it as a serious possibility, only that in politics, such possibilities cannot not be rejected outright,” he said.
Universiti Putra Malaysia political communications lecturer Associate Prof Dr Abdul Muati @ Zamri Ahmad said it was possible a snap election could take place if MPs were to cross over.
Monday, May 26, 2008
Thursday, May 15, 2008
Some Interesting Story About Water Services Sector
Kindly have a look at this interesting write up, it's about The Who's Who & Happening in this sector.
http://www.scribd.com/search?query=water+update4

Friday, May 2, 2008
Pergi Nya......
Al Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Nasimuddin Amin yang mana telah kembali kerahmatullah pada pagi 1hb Mei 2008 di Long Beach Hospital, Los Angelas, California kerana Lung Cancer. Beliau merupakan pengasas empayar Naza Automobile yang terkenal di Malaysia. Pergi nya beliau merupakan kehilangan seorang tokoh perniagaan yang amat disegani dan kisah perjuangan beliau dalam merealisasikan impian amat dikagumi. Pada umur yang masih muda iaitu 53 tahun, beliau amat disayangi oleh penciptaNya. Wang yang banyak tidak memungkinkan penangguhan pemergian beliau jika waktunya sudah sampai. Hanya sedekah jariah, ilmu yang memanafaatkan dan doa ahli keluarga sahaja yang dapat mendampingi beliau selalu.
Friday, March 28, 2008
Laksa Shack........Lolok...
SETELAH lengkap baratul isthihlal inilah hakir panjangkan kisah Tun Lepat bahawasanya hebohlah kebijaksanaan Hang Musa, gerau diraja Istana Melaka mengalahkan gerombolan tentera Siam dengan hanya setalam nasi minyak. Masyhurlah nama Musa al-Kadzim sehingga ramai rakyat Melaka dalam kalangan Orang Laut menganut Islam beramai-ramai. Oleh sukacita tiada terhitung; tidak lama kemudian Parameswara pun memanggil Hang Musa lalu dianugerahkan kepada mamak Tun Lepat itu sepersalinan pakaian baharu daripada kain kapas bermutu. Hang Musa juga dihadiahkan sebuah rumah yang lebih sempurna, pelupusan cukai kereta lembu, bekalan air bersih percuma sepuluh tempayan pertama dan pendidikan tanpa bayaran untuk Tun Lepat. Adapun untuk Bomoh Badin yang gagal ia mengusir tentera Siam dengan sihir hantunya; Parameswara telah memberi banji itu hadiah sebatang penyapu lidi.
“Apa gerangan diberi hadiah penyapu kepada kita, ibaratnya kita ini kijo tiada harga diri dan orang tiada adat budaya.” Maka sakitlah hati Bomoh Badin terhadap Parameswara tetapi paling sakit hati ia kepada Hang Musa, daripada sakit menjadi benci, daripada benci menjadi dendam, daripada dendam menjadi ia bertambah buruk kerana masuklah hasutan-hasutan liar dalam kepalanya setelah dicadangkan iblis setan. Permaisuri Kamarul Ajaib sendiri amatlah murka dan dukacita kerana suaminya Parameswara telah memeluk Islam tanpa pengetahuan baginda. Mana tidaknya, Parameswara sudah begitu berubah. Sehari-hari hanya ia belajar tajwid dan mengaji, sepanjang petang tiada lagi ia mahu main tom tom bak seperti biasanya, tiada juga ia mahu melayan badut diraja berbuat lucu di balairong seri. Kalau tidak, amatlah biasa Parameswara dan Permaisuri Kamarul Ajaib itu berhibur hati dengan jenaka bodoh Raja Lawak. “Kanda Param marilah main tepuk amai-amai dengan dinda.” Parameswara mengelak sahaja, “Cett, beta mahu bekerja keras untuk membangunkan Melaka. Ini supaya pengagihan kekayaan dapat berlaku dengan saksama.” Permaisuri Kamarul Ajaib menghentak-hentak kaki pada lantai istana. Baginda ingin memberontak geram. Mujur ada Mak Inang Zainab atau Dang Jenab menggetap bibir seraya merenung tajam baginda Permaisuri Kamarul Ajaib. Baharulah elok sedikit kelakuannya. Mak Inang Zainab itu pengasuh Permaisuri Kamarul Ajaib sejak kecil. Maka baginda permaisuri pun memanggillah anak menantunya Raden Jaya yang duduk menginap di Iskandar untuk menguruskan perihal Parameswara yang kini mahu ia menjadi mukmin abadi dan tiada lagi mahu menjadi munafik sejati. Adapun pertemuan itu amatlah tertutup. “Ampun tuanku bonda beribu ampun, apa gerangan tuanku bonda memanggil sahaya masuk menghadap di Melaka ini? Apakah ada banjir? Apakah ada taufan?” Adalah menantu Parameswara itu sebelum ini tiada ia mencampuri urusan negeri tetapi oleh permintaan bonda tirinya maka tiada nampak arah melainkan ia harus ikut terlibat jua. “Kanda Param sudah main kotor nampaknya. Ini semua gara-gara Hang Musa si tukang masak itulah. Kalau kanda Param diajak beta bergurau senda, ia hanya menjawab cettt beta mahu mencari damai abadi.” Permaisuri Kamarul Ajaib bemurung sahaja. Raden Jaya tiba-tiba naik baran. “Cis, sahaya hendak benar mencabar Hang Musa itu berdebat. Memang dasar ia itu beruk.” Tatkala berang Raden Jaya naik mencanak, ia pun bangun lantas menghunus keris kontotnya sambil menjulang keris itu ke udara dan bertempik, “Pantang sahaya dipermainkan tukang masak.” Adapun Raden Jaya itu isterinya ialah Puteri Cahaya Tembam Balam, yakni anakanda Parameswara hasil perkahwinan dengan seorang puteri kayangan. Nama manja Raden Jaya itu RaJim yakni huruf `ra' dan `jim'. Sementara Puteri Cahaya Tembam Balam itu hanya dipanggil sebagai Tengku Tembam atau Ku Bam. Nantilah hakir memerikan lagi darihal RaJim dan Ku Bam ini bila tiba masanya. Murnilah, maka damai abadilah kalau hakir menyerah ceritera ini kepada Tun Lepat sebagai empunya hikayat. Untuk lebih mudah memperkenalkan Islam, adapun mamak kita Musa Kadzim yang dipanggil orang Hang Musa pun menyusun ia rencana bijak supaya dapat mendampingi Parameswara dengan lebih baik. Adalah mamak mencadangkan supaya baginda Parameswara meminang anak perempuan raja Pasai yang sudah lama beragama Islam. Cantiknya nian, nama pun begitu damai abadi bila menyebutnya iaitu Puteri Paduka Rupawan Lo'Lo Ganish atau nama manjanya Cik Lo'. Adalah Cik Lo' ini bapanya Sultan Pasai ibunya pula puteri dari Kemboja. Sungguh rupawan Cik Lo'. Sesiapa melihatnya tentu merasa diri pungguk merayu merana penuh kerinduan. Kalau Cik' Lo turun dari singgahsana serasa bulan bersembunyi di balik banjaran Titiwangsa, tersangkut cahayanya di awan lantas turun cahaya itu di balik rimbunan pohon jitung. Cahaya itu kadang kaku di ranting, kadang ia melekat di celah awan terlepas melayah-layah turun ke pelosok kota hingga di pucuk-pucuk pohon termasuk bumbung rumah rakyat jelata. Mata kiri Cik Lo' itu bintang kartika, mata kanannya bintang belantik, wajahnya bintang peradah, bibirnya cahaya rimba raya tidak bertepi. Kalau dapat menatap wajah Cik Lo' umpama dapat melihat langit langsung kekal di depan mata. Bulu-bulu kecil pada tubuh Cik Lo' itu umpama kunang-kunang menyala seraya membisik `Allahuakbar'. Andai Cik Lo' itu bangun untuk tahajud fajar yang mahu menyingsing pun berpatah balik kerna segan lantas menjadi malam hitam. Andai ditanya apakah rahsia kecantikannya, Cik Lo' akan merendah diri tidak menjawab soalan, “Argh sesungguhnya Dia. Dia lebih karib daripada urat lehermu. Kerana kasih-Nya kepada kamu, Dia menciptakan semesta sekalian alam.” Maha Suci Tuhan. Adapun kepandaian Cik Lo' itu juga adalah memasak bermacam-macam lauk pauk dan makanan. Kata orang di Pasai, kalau dimakan sedikit lauk karya Cik Lo' itu pasti sang pemakan teruja sampai menari sambil menyanyi, `Can malican, can malican, can malican ketipung payung, di mana dia anak bulan saya, anak bulan saya ada di Titiwangsa.' Tatkala Parameswara pertama kali melihat Cik Lo' terus ia berpantun: Assalamualaikumlah salam, Sirih lipat pinang di dalam; Apa khabar bunga di kolam, Ada sekuntum kembang malam. Maka disahutlah pula oleh Cik Lo' penuh sopan walaupun hatinya sedikit cemas melihat tubuh Parameswara yang gemuk dan kulitnya yang gelap itu: Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala. Sukacitalah hati Parameswara kerana isteri baharunya pandai mengambil hati. Paling pandai Cik Lo' itu memasak laksa Champa kerana bondanya dari sebelah Kemboja. Apatah pula di Melaka banyak sekali ikan segar. Setelah beberapa pekan bernikah dengan Parameswara, Cik Lo' pun turun mencemar duli ke dapur untuk sama-sama memasak laksa dengan mamak Musa. “Ketahuilah ayahanda Musa, orang Melayu itu jangan dipisahkan daripada ikan. Kalau orang Melayu berhenti makan ikan maka jadi bengaplah ia. Kerana itulah kuah laksa ini mesti menggunakan ikan. Adalah wanita yang sedang hamil itu kalau ia memakan ikan selalu-selalu akan ia mendapat anak dengan kemampuan bahasa dan bercakap yang lebih baik sebelum usianya lapan belas bulan. Adapun ikan itu memiliki kandungan asam lemak yang dapat ia menolong menyihatkan darah. Ikan itu juga elok manfaatnya untuk orang yang mengalami kesulitan percernaan.” Waktu itulah kita menunjukkan sedikit minat dalam hal masak-memasak ini lantas kita pun membuka mulut bertanya, “Tuanku Cik Lo' apa petuanya memilih ikan yang elok?” Cik Lo' tersenyum manis-manis lemak seperti kerepek pisang manis rasanya. “Adapun saat memilih ikan yang segar, carilah yang tubuhnya masih kenyal bila ditekan, sisiknya pula tidak mudah lepas, dan tiada ia berbau hamis. Pastikan mata ikan itu pun masih bening dan bukannya pucat atau cekung.” Maka kami bertiga pun menyediakan bahan laksa Champa. Adalah telur rebus yang tiada direbus terlalu keras, ada sedikit kubis, tauge dan cili padi. Untuk kuahnya itulah diambil enam ekor ikan kembung siap direbus. Ada juga santan kerana memang Melayu itu amat gemar lemak-lemak sedap. Adapula rempah ratus yakni lima penyuluh hidup iaitu pertama ketumbar biji, kedua lada hitam, ketiga serbuk kunyit, keempat limau purut, dan kelima adalah asam gelugur. Ia dinamai lima penyuluh hidup bersempena ahlul bait berlima iaitu Rasulullah, Saidatina Fatimah, Saidina Ali dan cucu baginda Nabi iaitu Hasan dan Husin. Itu disempurnakan pula dengan serai lalu dilengkapkan rasanya dengan garam dan gula. Terkecur liur kita membayangkannya. Kerana itulah barang siapa ia memakan laksa terkenang ia akan keluarga Nabi Muhammad. Kalau tiada terkenang jua maka dasar ia takbur dan angkuh terhadap keluarga Nabi. Dan kalau angkuh terhadap keluarga Nabi tiada lain tiada bukan terkutuklah ia sebagai muslim. Aduh tuan-tuan sedap sungguh laksa Cik Lo' itu. Maha suci Tuhan yang telah membersihkan ahlul bait sesuci-sucinya. Oleh suci itu barangsiapa sudah makan tengah hari pasti mengidam laksa waktu makan malam. Tiadalah susah amat menyiapkan kuahnya laksa cuma air tangan Cik Lo' itu memang lazat. Katanya jika ingin lagi lazat masukkan juga sayuran hiris mentah contohnya kacang panjang, daun kesum dan bunga kantan. Maka ikan itu diasingkan isi dan tulangnya, lalu ditumbuk-tumbuk mesra. Kemudian disatukan bahan kuah kecuali ikan di dalam periuk, dibiarkan ia mendidih agak manja. Sementara menunggu itu Cik Lo' mengajak kami berdua membaca asmaul husna supaya masuk rasa kasih sayang malikulmanan dalam makanan. Cukup sembilan puluh sembilan nama Allah disebut, maka baru dituang ikan ke dalam kuah lalu digaul sebati. Langsung dibiar ia mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Sementara menanti mendidih dan siap kuah itu kami bertiga berselawat seratus kali. Laksa itu dihidang sekali dengan mi. Hidangan laksa itu pun diarak masuk ke kamar santap utama dengan sekian lembuara, dibunyikan nafiri, diiring dayang berpakaian pasparagam dan di belakangnya berjalan lenggang melenggang Cik Lo' sambil ia tersenyum serong-serong bahasa kepada Parameswara. Waktu itu Permaisuri Kamarul Ajaib yang sudah duduk di atas bantal untuk santap, gesit naik darah kerana memikirkan Cik Lo' tersenyum kepada suaminya. Baginda Parameswara dan Permaisuri Kamarul Ajaib pun sedia mengambil tempat. Permaisuri hanya menahan hati, tiada mahu ia menunjuk fiil di hadapan orang. Untuk menewaskan Cik Lo' harus ada rencana lebih beradab. Cik Lo' pun mengisi bahan laksa dan menyenduk kuah untuk Parameswara. Senyum sahaja baginda raja. Cik Lo' mengangkat sembah sambil mengenyit mata dan tersenyum lagi. Teganglah suasana antara dua perempuan Parameswara. Sebelum Cik Lo' menyenduk kuah laksa untuk Permaisuri Kamarul Ajaib, Puteri Paduka Rupawan Lo'Lo' Ganish pun menghulur tangan untuk bersalam, tanda berdamai abadi. Segera permaisuri mengalih muka sambil menepis tangan Cik Lo' kerana tiada ia mahu berdamai abadi. Akan tetapi Cik Lo' tiada ia mengalah melainkan tetap juga menghulur tangannya. Lagi sekali ditepis Permaisuri Kamarul Ajaib sampai bertepis-tepis di hadapan baginda Parameswara. Baginda Parameswara tiada nampak kerana asyik menyudu kuah laksa. Kalau tidak kerana Mak Inang Zainab atau Dang Jenab menjegil mata kepada permaisuri tentu sahaja tepis-menepis tangan itu berterusan sehingga petang, membawa ke malam, langsung ke siang esoknya. Akhirnya baru ia berjabat tangan hendak tidak hendak. Baharu itulah Cik Lo' menyenduk kuah dan laksa untuk Permaisuri Kamarul Ajaib seraya tersenyum-senyum perli. Adapun setelah Parameswara santap laksa itu baginda pun menggigil kerana kesedapan, langsung baginda mendapat hidayah, langsung baginda ingin bertaubat. Titah Parameswara, “Sungguh damai abadi memakan laksa ini. Beta memohon ampun daripada Allah yang tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, Maha Mandiri, Maha Pengasih, Maha Penyayang, dan yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Dan beta memohon pada-Nya agar menerima taubat beta sebagai taubat hamba manusia yang hina. Yang selalu tunduk, fakir, papa, miskin dan yang mengharapkan pahala, yang tidak dapat memberikan manfaat dan keburukan bagi dirinya, kehidupan ataupun kematian. Ya Allah beta memohon perlindungan-Mu daripada jiwa yang tidak pernah kenyang, dan daripada hati yang tidak pernah khusyuk dan ilmu yang tiada manfaat, dan daripada solat yang tidak terkabul, dan daripada doa yang tidak didengar. Ya Allah beta memohon kepada-Mu kemudahan setelah kesulitan, dan jalan keluar setelah kesedihan dan ketenangan setelah kesulitan. Ya Allah tidak ada pada beta ini kurnia kecuali-Mu, tidak ada Tuhan selain Engkau, beta memohon ampunan dan taubat kepada-Mu.” Berlinanganlah air mata Cik Lo', juga mamak kita. Ramailah pembesar menangis melihat kebesaran Allah oleh Parameswara itu bertaubat setelah kesedapan laksa. Ramailah yang bangkit dari duduk seraya bertakbir tiga kali dipimpin oleh Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar. Titah Parameswara lagi, “Moleklah laksa Champa ini diperkenalkan kepada rakyat jelata sementalahan kuahnya diperbuat daripada ikan. Beta harap dengan banyaknya penggunaan ikan maka permintaan terhadap ikan akan bertambah, dan dibeli dengan harga yang munasabah; sekali gus dapat meningkatkan taraf hidup Orang Laut di Melaka ini.” Sungguh bijaksana ilmu iktisad Parameswara. Terjegil biji mata Permaisuri Kamarul Ajaib, serasa ingin bingkas bertempik seraya melondehkan kain kemban batiknya. Sungguh terhina rasanya. Geram hati Permaisuri Kamarul Ajaib tiada ingat. Malam itu segeralah dipanggil RaJim masuk menghadap. “Anakanda, tiada lagi dapat bonda bendung rasa hati ini.” “Sahaya tahu bonda. Inilah sahaya mencadangkan tiga perkara. Pertama, eloklah dibunuh Hang Musa itu dengan bantuan Bomoh Badin tetapi jangan dilakukan serta-merta melainkan pada saat semua orang leka jua. Kedua, eloklah bonda juga belajar memasak demi menyaingi kebolehan Cik Lo' Ganish itu. Belajar memasak yang senang-senang sahaja dahulu, sahaya akan ajukan teman sahaya yang juga seorang gerau, bernama ia Hang Mail Rebung. Dan ketiganya, demi menarik minat ayahanda tuanku yang sudah mulai minat kepada Islam eloklah bonda merancang untuk membina sebuah masjid daripada kaca yang dinamai Masjid Kaca Ajaib di Pulau Upih.” Permaisuri Kamarul Ajaib berasa aneh, “Tetapi untuk apa dibina masjid di Pulau Upih kerana tiada orang tinggal di sana, lagipun bukankah payah jusoh berkayuh dan berdayung ke pulau itu untuk sembahyang sahaja?” RaJim menepuk dahi, “Issyy bonda ini, adalah Masjid Kaca Ajaib itu bukan untuk ibadah melainkan untuk ditengok ditenung sahaja. Kalau ada saudagar asing singgah di Melaka untuk berdagang mereka boleh melawat-lawat dan melihat-lihat keindahannya. Maka Melaka akan mendapat pendapatan hasil lawatan untuk bersiar itu.” Tersenyum Permaisuri Kamarul Ajaib, “Pintar menantu tiri beta.” “Nanti kita juga naikkan sepanduk sekitar kota Melaka, sepanduk yang kononnya dari penduduk Melaka yang membantah titah tuanku ayahanda bahawa laksa Champa itu tidak sedap. Kalau kita dapat cari orang membantah dalam tiga ribu orang pun molek juga.” Tambah terpesona Permaisuri Kamarul Ajaib. Terujalah ia kerana ia mendapat sokongan. Tiada baginda menyangka, bukan semua sokongan itu menguatkan bahkan ada sokongan membawa rebah. Sementara tiba pekan hadapan, kecaplah sedikit laksa ini. Moga-moga tuan juga terkenang ahlul bait setelah itu, moga-moga tuan juga terus bertaubat sesudah itu.

Thursday, March 27, 2008
Nasi Minyak Tg Bidara Lawan Tomyam Kung
ARAKIAN cukuplah beberapa purnama Permaisuri Kamarul Ajaib dirawat di Rembau. Yang dapat menyembuhkan ia itu adalah Bomoh Badin yang begitu kuat main jin dan mambang. Kalaulah tidak kerana permainan sihir Bomoh Badin yang menghantar ribuan hantu dan jin untuk masuk ke dalam tubuh baginda permaisuri maka belum tentu dapat ia sembuh. Menurut ceritera orang Rembau, hampir lima ribu jin dipaksa masuk ke dalam tubuh Kamarul Ajaib yang dibaring telanjang; barulah baginda permaisuri itu sembuh. Dalam masa yang sama; yang empunya hikayat adalah Tun Lepat, ia menyatakan kepada hakir bahawa tentera Siam pun mara ke perbatasan negeri Melaka. Adalah yang menyampaikan kisah mengatakan tentera Siam itu mara ia memakai baju merah, baju hitam dan baju hijau menabrak masuk, langsung melumpuhkan segala bala tentera negeri kecil dan kampung. Oleh kerana penggawa dan penguasa di negeri-negeri itu heboh ia bertelagah merebut kuasa maka tumbanglah sekian negeri dari Kedah sampailah ke hujung banjaran Titiwangsa.
Tersentaklah Parameswara daripada lena, santap pun tiada lalu, maka baginda pun bergegaslah memanggil sekian pegawai termasuk bendahara supaya dapat masuk menghadap. Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar mengangkat sembah, menggeletar juga. "Ampun tuanku, sudah beta maklumkan kepada tuanku. Adalah Siam itu akan menyerang negeri kita yang masih belum begitu kuat ini tuanku. Ramai sungguh gananya. Ada ia berkumpul di Jerlun. Malah ada ia di mana-mana. Gandik Siam, Sri Maha Che Det mencungkil segala sejarah silam tuanku di Temasik. Ia mengatakan tuanku telah membunuh penggawa Temasek, ia juga mengatakan tuanku membunuh Dang Ranum..." Parameswara menghentak kaki langsung berdecit sedikit, "Cettt, beta sudah tahu sejarah sendiri. Apa mahunya gandik Siam ini?" Bendahara menghela nafas, serasa berat. "Menurut wakil Siam, tuanku tiada kuasa memerintah Melaka kerana negeri ini di bawah naungan Siam ketika tuanku datang mengambil sokongan Orang Laut." Parameswara terjungkit sedikit berasa murka. Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar yang sudah tua itu tunduk tidak berani mengangkat muka. "Apa lagi?" Tanya Parameswara menengking keras. Tersembur air liur muhtasyam baginda ke muka bendahara. Perlahan-lahan Dato Bendahara mengeluarkan sapu tangan mengelap mukanya yang agak basah. Dato Bendahara bersuara perlahan, khuatir jika disangka berbalik adab. "Adalah Siam menekan tuanku supaya turun takhta. Katanya tuanku tiada layak menjadi pemerintah Melaka." Berubah air muka Parameswara, "Mana ada tekanan. Siapa menekan beta? Kenapa beta harus turun takhta? Cettt, ini sudah lebih!" Parameswara bingkas dengan wajah terlalu murka dan meludah sirih dalam mulutnya. Dato Bendahara mengangkat sembah gamak-gamak. "Ampun tuanku, adalah Siam ini amatlah kuat. Tiada kuasa kita menentangnya." "Tapi beta tidak akan turun takhta. Beta degil Dato Bendahara. Beta jenis degil, apakah Dato tiada reti-reti?" Parameswara naik hangat dalam dada. Terasa lapar mahu makan pun ada. Baginda memintal-mintal misainya. "Patik amatlah tahu tuanku tiada mahu turun takhta. Patik menyembah rafak taat. Adalah kami segala pegawai istana ini bersama tuanku ketika susah, ketika senang jua tuanku." Begitu setia Dato Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar. Tiba-tiba masuklah baginda Permaisuri Kamarul Ajaib bersama Bomoh Badin. Masuk ia itu berlari-lari anak, umpamanya larian kecil Saadiah dalam filem-filem lama Jalan Ampas. "Kanda..." "Ooo dinda paduka liku beta." Maka di hadapan singgahsana, berdakap-dakaplah suami isteri itu kerana telah berpurnama tiada berjumpa. Bersedih-sedih dan berjujuh air mata ria. Tiadalah dapat digambarkan pertemuan dua kekasih yang sudah lama berangti. Seketika itu juga Parameswara menyanyi gita dalam bahasa yang kurang dimengerti. Gita disahut pula Permaisuri Kamarul Ajaib dan mereka menyanyi berselang-seli. Tatkala itu jugalah penari-penari keluar menari dengan baju yang tampak biru-biru lebam. Tarian tersebut kadangkala mereka mengangkat kaki serentak, kadang mengepakkan tangan bersama-sama. Sesekali mereka melaga punggung dan menunjuk jari telunjuk ke bumbung istana. Paling selalu rentaknya ialah menggelek kepala. Terdiam melongo seisi balai penghadapan melihat fiil itu tetapi tiada siapa berani menegur. Bahkan Dato Temenggung sendiri tergoyang-goyang badan ikut menari kecil. Tiada berapa lama kemudian setelah semuanya reda, berkatalah Permaisuri Kamarul Ajaib, "Kanda, adalah kita sudah sembuh, kita ini berjanji tiada lagi minum beram tapai." Parameswara mengesat air mata yang sedikit lagi akan menitis daripada pelupuk mata permaisurinya. Parameswara mengangguk-angguk mengiyakan. "Sudahlah dinda, beta memerlukan dinda di sisi. Ini bala dari Siam sudah pun tiba." Permaisuri Kamarul Ajaib, menoleh kepada balian kesayangannya. "Kanda, inilah bomoh yang tersohor. Namanya Bomoh Badin. Ia dapat membangkitkan hantu dari kuburan. Kalau kanda Param bersetuju, biarlah Bomoh Badin ini menjadi Dato Penyuruh Jaya buat kanda." Parameswara memandang Bomoh Badin. Menurut yang empunya cerita Bomoh Badin adalah tukang sihir yang terkenal sejak zaman Sriwijaya lagi. Hebatnya ia dikatakan pernah menunggang keladai di atas gelung Zuhal. Sudah tersohor jasanya dalam membangkitkan sekian hantu, dapat ia juga memanjangkan umur manusia, paling kurang ada lapan ribu manusia di zamannya dipanjangkan usia. Ia juga dapat menghentikan waktu. Semuanya sihir belaka. Gurunya Bomoh Badin ini adalah Haman dari zaman Firaun. Khidmat dukun aneh ini diguna oleh semua penggawa negeri kalau mahu menentukan atau meluaskan sempadan negeri. Rupa paras Bomoh Badin agak menggerunkan. Ia itu seperti berpijak di mayat kalau berpijak, seperti berkelubung kulit manusia dan berlumuran abu seraya ia memegang kilat bercahaya di tangan kanan. Dan cokmar sihir berkepala tengkorak yang batil penuh darah di tangan kiri. Gigi taringnya agak menganjur ke depan. Matanya menyala bengis penuh dendam, rambutnya perang berdiri tegak tetapi kulit mukanya tegang-tegang toyo kerana taksub memakan tempe. Kegemaran Bomoh Badin ini ialah memuja bau daging terbakar sambil mengasapkan stele terpahat tulisan yang tiada dimengerti. Parameswara yang sudah Muslim itu pun naik seram kerana wajah Bomoh Badin seakan-akan sami Aksobhya pengikut Bhairawa dari Barus. Tampaknya Bomoh Badin seolah-olah muncul dari sebuah negeri yang bising kerana bunyi hering. Naik bulu roma Parameswara naik panjang. Sekarang izinkan hakir menyerah kisah ini kepada Tun Lepat supaya dapat ia berbanyak beka: Kita memang ada dalam balai penghadapan ketika Bomoh Badin naik ke istana. Sungguh kita juga berasa gerun. Kita berdoa sesungguh hati kerana takut. Baginda Parameswara pun bertitah ingin menyiasat perihal Bomoh Badin. "Bagaimana kamu dapat membangkitkan hantu dari pusara untuk menentang tentera Siam?" Serak garau suara Bomoh Badin menggegar tiang istana, "Tuanku, patik ini orang yang biasa menyatu diri dengan Heruka." Bapa saudara kita, mamak Musa geleng kepala kerana semua ini hanyalah satu kepercayaan tahyul dan menyalahi akidah Islam. "Patik cuma berteduh di bawah sehelai daun kering. Untuk menyatu diri patik membiar darah busuk manusia tumpah ke kepala, meleleh ke dada sampai lalat hijau menghurungi muka tetapi tiada patik membiarkan hati ini menjadi sesat sebaliknya memujuk Heruka memasuki diri." Bomoh Badin menyembah cadangan. Sebetulnya Parameswara sendiri begitu seram oleh dukun yang kuat main mambang ini tetapi baginda tiada lagi tahu apa harus dilakukan kerana keputusan ilham. "Mungkin boleh cuba." Balas Parameswara antara yakin dengan ragu. "Tuanku boleh tuanku. Parameswara boleh." Sampuk Permaisuri Kamarul Ajaib. Parameswara pun gesit mendapat sokongan setia lain. Bangkit baginda, serasa punggungnya yang besar itu ringan dan segera ia mencapai keris panjang, dikeluarkan dari sarungnya dan dihunus ke udara sambil berherik. Tidak lama kemudian ia mengucup keris sampai tertonyoh ke mukanya. Tatkala itu bangun seisi istana bangun sambil bertepuk tangan dan melaung-laungkan, "Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hancur musuh Melaka!" Bergegar seisi negeri oleh laungan-laungan keras. Cuma kita berdua sahaja melekat punggung di atas bantal. "Astaghfirullah." Seru Mamak Musa menggumam. Kita berpaling kepada mamak dan mendengar mamak bersuara hampir berbisik kepada kita. "Duhai anakanda, ini adalah kemungkaran yang harus kita banteras bersama. Jangan menyembah cahaya seperti embun dan matahari, apatah lagi bulan dan bintang. Seperti rupa budak, jangan bermakam di ubun-ubun, atau di antara kening, atau di puncak hidung, atau di dalam jantung." Maka untuk dipendekkan kisah, Bomoh Badin pun menyediakan hantu untuk melawan tentera Siam di perbatasan. Tetapi tiada dapat menentang hantu itu akan tentera Siam. Mantera Bomoh Badin tiada menjadi, adalah hantu bertukar arah; berpaling semua menjadi tentera Siam. Kita tahu pada malam Jumaat sebelum pertempuran tentera Melaka dengan tentera Siam itu adalah mamak Musa kita bermunajat kepada Tuhan sampai air mata menitik-nitik. Tatkala Dato Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap menyampaikan khabar berita kekalahan askar Melaka berserta hantu Bomoh Badin, murkalah Parameswara. "Ampun tuanku beribu ampun. Sembah patik harap diampun. Sudah patik katakan jangan digunakan hantu tetapi tuanku tiada mahu mendengar kebijaksanaan patik. Kalau Majapahit mendapat tahu, malu juga kita tuanku. Dikatakan orang yang kita ini tiada maruah kerana berlawan tidak seimbang." Bendahara mengambil peluang menyelar. Parameswara moyok mukanya. "Adapun tentera Siam amat hewang." Dato Bendahara bersuara lesu. Parameswara ingin memanggil Permaisuri Kamarul Ajaib dan Bomoh Badin masuk menghadap. Adapun tatkala itulah mamak kita, gerau diraja memberanikan diri segera menyanggah apa dalam fikiran Parameswara. "Ampun tuanku. Kalau patik dapat menghantar pulang tentera Siam ke negerinya dan meminta tangguh membayar ufti selama beberapa tahun apakah tuanku mahu mencuba pula jalan patik ini?" Mamak Musa berbicara pantas. Parameswara angguk sedikit tanda mahu mendengar lanjut. "Bagaimana?" Dato Temenggung yang turut ada kehairanan. Mamak Musa menjawab, "Itu urusan patik. Tetapi tiada ia melibatkan hantu, Insya-Allah." "Kalau boleh tuan buat begitu, maka dalam tempoh senggang itu molek kiranya tuanku kita semua belayar ke negeri China memohon perlindungan daripada serangan Siam." Dato Bendahara Tun Perpatih Permuka Berjajar amat tertarik. Parameswara yang sudah lelah hanya mengangkat tangan tanda mengizinkan. Baginda sudah kehilangan daya memikir. Maka kita dan mamak pun masuk ke dalam dapur. Kita melihat mamak membasuh beras dan menyejatnya hingga kering. Kemudian dipanaskan pula minyak sapi di dalam kuali langsung ditumis bawang besar sehingga kuning. Ia diketepikan. Mamak menggoreng pula badam sehingga kuning. Ia diketepikan. Setelah itu mamak kita memasukkan kayu manis, buah pelaga empat biji, enam kuntum bunga cengkih ke dalam kuali lalu ditumis. Mamak Musa memasukkan pula beras dan menggaul sampai sebati. Akhir sekali dimasukkan air rebusan dan garam lalu dibiar ia sampai mendidih. Kita lihat mamak mengecilkan api sebelum memasukkan bawang yang ditumis tadi. "Apa ini mamak?" "Nasi minyak." Jawab Mamak Musa ringkas. Hidangan khas istana Melaka tersebut diarak dengan penuh gah, empat belas ekor gajah, dua belas ekor singa dan lima ekor harimau bintang mengiring. Mamak Musa berada paling hadapan menunggang kuda. Nasi minyak pun dipersembahkan kepada Ketua Panglima Tentera Siam. "Apa helah Melaka kali ini?" Panglima Tentera Siam malas-malas menemui mamak Musa. "Panglima, inilah nasi minyak. Sedap dimakan dengan daging berempah." Mamak kita bersuara yakin. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa. Panglima Tentera Siam berkerut, "Nasi minyak?" "Benar. Adapun Melaka ini negeri kaya sampaikan minyak pun kami masak bersama nasi. Minyak amat murah di negeri kami. Jadi, kami tentu dapat membayar ufti kepada Maharaja Siam." Panglima Tentera Siam terasa aneh tetapi mahu terus mendengar. "Kalau kami dibenarkan menghimpun sekian minyak, akan kami tukarkan ia menjadi emas dan perak lalu digubah menjadi bunga dan dihantar sebagai ufti kepada Maharaja Siam. Tetapi tuan mesti memberi kami tempoh masa dalam empat ke lima tahun untuk membuktikan kemampuan kami. Tuan mesti mencuba dulu." "Minyak apa lagi yang murah di Melaka itu? Kaya sungguh kalian sampai minyak pun digaul dengan nasi?" Mamak Musa mengemaskan sila di hadapan Panglima Tentera Siam, "Minyak lain yang murah harganya ialah minyak gamat, minyak pala, minyak urut, minyak lintah dan minyak kepala." "Minyak sawit?" "Minyak sawit selalu tiada." Panglima Tentera Siam pun mendapat isyarat jelas negeri Melaka. Maka fahamlah bala Siam yang Melaka mahu tunduk menyerah. Maka surat perjanjian pun ditandatangani yang Melaka berjanji akan menggunakan minyak untuk mengumpul kekayaan sebelum menjadikannya emas yang digubah sebagai ufti. Pulanglah tentera Siam berpaling ke utara tiada sedar mereka terpedaya. Suka citalah Parameswara tatkala dikhabarkan kejayaan mamak Musa membuatkan tentera Siam melakukan gencatan senjata. "Apakah rahsia kehebatan nasi minyak kamu ini Hang Musa sampai dapat melengahkan tentera Siam?" Soal Parameswara. "Tiada lain tiada bukan, solawat dan tawasul juga tuanku." Parameswara kehairanan. "Ampun tuanku beribu ampun, adapun jin tiada dapat menolong kita. Malah khurafat sahaja. Eloklah tuanku mendalami ilmu Islam kerana ternyata kepercayaan tahyul merosakkan kita. Islam suku-suku ini tiada benar tuanku. Yang dapat menolong kita hanya Allah, selain syafaat Rasulullah dan ahlul bait." Mamak Musa memberanikan diri bersuara. Terdiamlah Parameswara memikir. Masuk meresap dalam kepala. Begitulah kisahnya, akan tetapi tiadalah kita dan mamak ketahui kejayaan nasi minyak menghalang kemaraan Siam tiada disenangi oleh Permaisuri Kamarul Ajaib dan Bomoh Badin. Adapun mereka berdua merancang pembunuhan bapa saudara kita itu.

Subscribe to:
Posts (Atom)