Suami pada seorang wanita yg bernama Nori
Anak kesayangan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
Siapa yg tak tahu beliau itu menantu Perdana Menteri
Khairy Jamaludin nama diberi
Di lahir kan dalam tahun 1976 10 haribulan Januari
Berpendidikan bukan hanya dari dalam negeri
United Kingdom dalam jurusan Philosopi, Politik dan Ekonomi
Pernah orang bertanya siapa kah itu Khairy
Dikatakan punyai kuasa mengatasi Perdana Menteri
Waktu itu belum pun sesiapa kenali
Tapi aura nya ternyata tidak boleh dipandang sepi
Khairy Jamaludin kini semacam digeruni
Bukan sahaja lawan malahan sendiri dalam parti
Macam mana bole jadi begini
Adakah disebabkan dia itu menantu Perdana Menteri
Tak ada sesiapa pun tak tahu cita cita Khairy
Bertanding di Rembau pada pilihanraya ini
Tentu lah untuk bertapak di Putrajaya nanti
Bukan sekadar MP tapi tentu nya menteri
Wahai saudara Khairy bakal menteri
Bila nanti dah berada di tempat tinggi
Janganlah pula lupa pada asal usul diri
Juga pada janji janji yang dah ditaburi
Kita sesama bangsa dan ugama juga punyai
Pendirian berkaitan bangsa dan jatidiri
Jangan pula bila dah punyai kuasa nanti
Bagai si tanggang yang angkuh tak sedar diri
Saudara Khairy yang punya diri
Nama mu disebut dlm ceramah sana sini
Tiada yang baik hanyalah caci maki
Sangkal lah nanti dgn taburan budi
Apa saja yang saudara telah dengari
Ambil lah sebagai ingatan utk muhasabah diri
PM telah melopori konsep Islam Hadhari
Sebagai Muslim hanya Allah tempat kita berserah diri
Berlabuh lah sudah tirai pentas caci maki
Kempen pilihanraya ke 12 Malaysia terkini
Hanya satu impian semua disanubari
Biarlah kita semua dalam Security Peace Prosperity...
Mari lah mari...Pergi Mengundi...Jgn Lupakan Kewajipan...Pada Negara....
No comments:
Post a Comment