13 Feb 2008 Pak Lah mula bicara
Walaupun sebelumnya tak mau kata
Tapi di hati dah asyik bergelora
Bubarkan parlimen untuk pilihanraya
Tan Sri Rashid tak mau tunggu lama
24 Feb 2008 katanya calon boleh tunjuk muka
Jangan lupa isi borang dan tulis nama
8 Mac nanti ramai ramai pangkah yg mana suka
13 hari pesta kempen sana sini
Ceramah pilihanraya agenda terkini
Macam macam gelagat dan poster di sana sini
Hanya 5 tahun sekali baru lah boleh ditemui
BN dan BA asyik dok lobi para pengundi
Hingga ke dapur pun sanggup diredahi
Harap harap lah selepas ini
Muka yang menang usah lah payah dijejaki
Orang muda pasang poster tinggi tinggi
Orang tua pulak dah sedia nak mengundi
Calon pilihanraya dok berdebar debar hati
Entah kan hilang wang pertaruhan nanti
Dari Kepala Batas ke Permatang Pauh
Ikut jalan pintas lalu Tasek Gelugor lah
Wahai pengundi yang duduk jauh
Undi Pos dah sedia untuk di pangkah
Tinggal lah lagi 8 hari
Hari untuk semua kuar mengundi
Jangan lupa bangun awal nanti
Sebab ramalan cuaca kata hujan lebat menanti
Rakyat Malaysia dok menanti hari
Nak pilih bakal bakal menteri
Orang luar asyik dok perati
Nak tengok Malaysia lagu mana undi
Nak pesan sikit buat calon calon kat sini
Buat ingatan bakal bakal para menteri
Bila hangpa semua dah menang nanti
Jangan lah lupa kami yang mengundi
Melayu Cina India dan Benggali
Dah duduk aman tenteram sebelum ini
Jangan lah lupa pesanan pesanan ini
Lepas mengundi sama sama lah berdamai kembali
Buat kawan kawan di luar sana
Jangan lupa tanggungjawab anda
8 Mac 2008 hari di mana anda bagai raja
Undi anda pasti untuk yang mahu berkuasa
Akhir sekali saya nak kata lah
Undi BN kiranya kita pilih Pak Lah
Undi BA kita kata nak semua berubah
Undi Rosak pulak memang kita orang yang bermasaalah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment